Cara-cara Sekolah
Dapat Memupuk Minat Kepada Budaya Dalam Kalangan Remaja Melayu
Definisi budaya ialah cerita rakyat, adat, pakaian, tingkah
laku dan sebagainya yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa. Beberapa
remaja Melayu zaman sekarang tidak meminati budaya Melayu kerana merela lebih
terpengaruh dengan budaya barat dan banyak terdedah kepada muzik-muzik dan
tarain dari negara-negara lain. Mereka juga hendak mengikut trend yang moden
dan mungkin berfikir bahawa budaya Melayu tidak bergaya dan menarik.
Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian, hampir semua orang yang ditemuduga
mengatakan bahawa budaya penting dengan beberapa sebab. Salah satu sebab ialah
kerana kita dapat belajar nilai-nilai yang murni.
Cara pertama sekolah dapat memainkan peranan dalam memupuk
minat kepada budaya dalam kalangan remaja Melayu adalah dengan menganjurkan
persembahan atau pertunjukan budaya. Melalui cara ini, para pelajar akan
terlibat dalam membuat persembahan secara rasmi untuk mempamerkan budaya
Melayu. Sekolah boleh mempersilakan kumpulan-kumpulan seni untuk membuat
persembahan budaya seperti silat atau tarian tradisional sewaktu perhimpunan
mingguan. Sekolah juga bertanggunggjawab untuk membawa para pelajar menonton
persembahan-persembahan itu, malah adab sopan dan gaya pakaian para peserta
dalam persembahan itu.
Selain daripada itu, sekolah juga dapat menyambut hari-hari
istimewa seperti Hari Keharmonian Kaum, Hari Kebangsaan dan Hari Pertahanan
Mutlak. Para pelajar boleh mempelajari mengenai budaya sahabat lain bangsa jika
mereka menyambut hari-hari istimewa ini. Selain daripada itu, sambutan juga
akan memastikan mereka boleh memahami budaya mereka sendiri.
Misalnya, untuk menyambut Hari Keharmonian Kaum,
pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan boleh membuat
pelajar-pelajar Melayu lebih memahami permainan warisan bangsa mereka sendiri.
Mereka juga boleh belajar tentang permainan tradisional dari budaya lain.
Pelajar-pelajar boleh belajar banyak apabila menyambut Hari Pertahanan Mutlak
dan Hari Kebangsaan semasa guru-guru menerangkan tentang sambutan-sambutan itu
dalam perhimpunan mingguan.
Seterusnya, sekolah boleh menganjurkan lawatan ke luar
negara. Darmawisata berguna keran para pelajar boleh melawat ke luar negara
sambil belajar. Misalnya, mereka boleh berinteraksi dengan orang Melayu yang
masih rapat dengan budaya supaya mereka boleh belajar lebih mendalam tentang
budaya Melayu. Pelajar-pelajar juga akan mempelajari budaya orang kampung yang
sudah tiada lagi di Singapura . Mereka juga akan mempelajari cara-cara membuat
kuih, ondeh-ondeh, batik, membuat raga dan sebagainya.
Tambahan lagi, sekolah boleh menerapkan budaya dalam
pengajaran dengan kajian, tinjauan budaya dan permainan bahasa. Misalnya,
mereka boleh bermain permainan tradisional, membuat tinjauan mengenai persepsi
remaja terhadap budaya mereka dan persembahan dan penerangan tentang cabang
budaya dalam kelas. Sememangnya, sebab-sebab yang remaja memberi kerana tidak
meminati budaya Melayu bukan benar. Budaya Melayu ialah budaya yang amat
menarik.