Cool Purple Outer Glow Pointer

Thursday, 20 August 2015

Cara-cara Sekolah Dapat Memupuk Minat Kepada Budaya Dalam Kalangan Remaja Melayu

Definisi budaya ialah cerita rakyat, adat, pakaian, tingkah laku dan sebagainya yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa. Beberapa remaja Melayu zaman sekarang tidak meminati budaya Melayu kerana merela lebih terpengaruh dengan budaya barat dan banyak terdedah kepada muzik-muzik dan tarain dari negara-negara lain. Mereka juga hendak mengikut trend yang moden dan mungkin berfikir bahawa budaya Melayu tidak bergaya dan menarik. Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian, hampir semua orang yang ditemuduga mengatakan bahawa budaya penting dengan beberapa sebab. Salah satu sebab ialah kerana kita dapat belajar nilai-nilai yang murni.

Cara pertama sekolah dapat memainkan peranan dalam memupuk minat kepada budaya dalam kalangan remaja Melayu adalah dengan menganjurkan persembahan atau pertunjukan budaya. Melalui cara ini, para pelajar akan terlibat dalam membuat persembahan secara rasmi untuk mempamerkan budaya Melayu. Sekolah boleh mempersilakan kumpulan-kumpulan seni untuk membuat persembahan budaya seperti silat atau tarian tradisional sewaktu perhimpunan mingguan. Sekolah juga bertanggunggjawab untuk membawa para pelajar menonton persembahan-persembahan itu, malah adab sopan dan gaya pakaian para peserta dalam persembahan itu.

Selain daripada itu, sekolah juga dapat menyambut hari-hari istimewa seperti Hari Keharmonian Kaum, Hari Kebangsaan dan Hari Pertahanan Mutlak. Para pelajar boleh mempelajari mengenai budaya sahabat lain bangsa jika mereka menyambut hari-hari istimewa ini. Selain daripada itu, sambutan juga akan memastikan mereka boleh memahami budaya mereka sendiri.
Misalnya, untuk menyambut Hari Keharmonian Kaum, pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan boleh membuat pelajar-pelajar Melayu lebih memahami permainan warisan bangsa mereka sendiri. Mereka juga boleh belajar tentang permainan tradisional dari budaya lain. Pelajar-pelajar boleh belajar banyak apabila menyambut Hari Pertahanan Mutlak dan Hari Kebangsaan semasa guru-guru menerangkan tentang sambutan-sambutan itu dalam perhimpunan mingguan.

Seterusnya, sekolah boleh menganjurkan lawatan ke luar negara. Darmawisata berguna keran para pelajar boleh melawat ke luar negara sambil belajar. Misalnya, mereka boleh berinteraksi dengan orang Melayu yang masih rapat dengan budaya supaya mereka boleh belajar lebih mendalam tentang budaya Melayu. Pelajar-pelajar juga akan mempelajari budaya orang kampung yang sudah tiada lagi di Singapura . Mereka juga akan mempelajari cara-cara membuat kuih, ondeh-ondeh, batik, membuat raga dan sebagainya.

Tambahan lagi, sekolah boleh menerapkan budaya dalam pengajaran dengan kajian, tinjauan budaya dan permainan bahasa. Misalnya, mereka boleh bermain permainan tradisional, membuat tinjauan mengenai persepsi remaja terhadap budaya mereka dan persembahan dan penerangan tentang cabang budaya dalam kelas. Sememangnya, sebab-sebab yang remaja memberi kerana tidak meminati budaya Melayu bukan benar. Budaya Melayu ialah budaya yang amat menarik.

Saturday, 15 August 2015

Cara Bermain Seruling Bambu

Ciri-ciri Seruling Bambu

(1) Badan Seruling
(4) Lubang meniup
(5) Penutup Seruling 
(6) Lubang penjarian pertama dari kiri ke keenam kanan
(7) Pengeluar bunyi
(8) Badan akhir seruling bambu
(9) Lubang khiasan
(10) Hiasan Seruling

Postur ketika meniup seruling bambu


Ketika meniup seruling bambu, postur badan mesti tegak, seruling bambu mesti dalam keadaan yang lurus. Seruling bambu tidak boleh dalam keadaan yang condong atau 45'. Hal ini demikian ketika alat tersebut condong, maka lubang tiupan dengan mulut akan tidak berada dalam postur yang sama, akhirnya, tidak akan ada bunyi yang akan keluar dari seruling bambu tersebut.


Cara meniup seruling bambu
Peringkat yang paling susah dalam belajar seruling bambu ialah pada peringkat mula meniup sruling. Biasa pemain akan memerlukan 1 atau 2 bulan untuk mengeluarkan suara daripada seruling tersebut. Hal ini demikian, untuk membunyikan seruling tersebut, bukan sahaja memerlukan ketepatan kedudukan mulut dengan lubang seruling, kekuatan tiupan juga amat penting. Selain itu, seseorang pemain juga perlu menjaga penafasan. Terdapat cara untuk berlatih:

Belajar meniup suling. Menghasilkan suara dari suling Anda tidak gampang pada awalnya, maka dari itu Anda perlu belajar cara meniup dengan benar dahulu, sebelum Anda mencoba memainkan kunci-kunci tertentu.
  • Jangan meniup ke dalam suling. Belajar untuk mengeluarkan suara “t” dengan menggunakan lidah Anda.
  • Cara terbaik untuk berlatih meniup suling dengan benar adalah dengan mencoba meniup ke tutup botol hingga menghasilkan suara. Tiuplah kebawah dan mengarah kebagian atap botol sambil membuat suara “mm”, dan lanjut dengan suara p sambil mengerucutkan bibir Anda. Ingat bahwa lebih banyak air dalam botol, nada yang dihasilkan akan lebih tinggi.
  • Setelah menguasai meniup dengan botol, Anda bisa mencoba meniup sulingnya. Daripada meniup langsung ke lubang tiup, coba tempatkan lubang tiup pada bagian bawah bibir Anda, dan tiup perlahan kebawah dan mengarah kebagian atap lubang (seperti yang Anda latih dengan botol).
  • Jangan menggelembungkan pipi Anda saat meniup. Udara seharusnya langsung dari diafragma Anda dan bukan dari mulut Anda. Usahakan membuat suara “too” saat Anda meniup, karena ini akan membuat bibir Anda dalam posisi yang benar.
Penjarian seruling bambu

Ketika menekan lubang pic, tangan mesti dalam keadaan yang lembut dan santai. Jika jari pemain dalam keadaan yang keras, maka pemain tersebut akan cepat berasa letih dan penjarian tidak akan menjadi lancar dan cepat.



Alat Muzik Tradisional Kaum India


DHOLAK

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
MANJIRA
                                           
Manjira merupakan sejenis alat muzik yang dikatigorikan sebagai alat Idiofon. Ia diperbuat daripada logam gangsa. Dalam muzik klasik kaum India, Majira adalah digunakan untuk mengiringi nyanyian dan memainkan irama. Selain itu, Majira merupakan satu komponen yang penting dalam muzik bhanjas dan muzik tarian.

SITAR

Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.
VEENA

Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung hujung jari pemain.
TAMBURA
                                                              
Tambura dikategorikan sebagai alat Membranofon. Badan alat muzik berbentuk separuh bulat yang diperbuat daripada kayu nangka yang dipanggil sebagai Kudam. Sebatang leher yang panjang yang diapnggil sebagai Dandi disambungkan kepada Kudam. Fungsinya adalah dimainkan dalam persembahan.
TABLA
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat  terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang inda

Alat Muzik Tradisional Kaum Cina



SERULING

                                    
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai “Zhudi”(竹笛/ 笛子) disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian.  Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka. Seruling terdapat pelbagai nada, iaitu dalam nada rendah, sederhana dan tinggi. Antaranya terdapat 'Bang Di', 'Qu Di', 'Xiao Bang Di', 'Da Di' dan 'Xing Di'. Seruling yang berbeza bunyinya juga tidak sama. Adanya dalam A major, D major, C major dan G major.

YANGQIN

Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.


ERH-HU

                                                           
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello. Bunyinya adalah dalam nada yang sedih dan suram.

PIPA

                                                    
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.


LIU QIN


Liu Qin adalah alat muzik dalam kategori Kordofon.Ia merupakan alat muzik bertali yang dipetik seperti Pipa kecuali ia bersaiz lebih kecil dan bunyi seperti sebuah Mandolin. Liu Qin merupakan satu alat pemetik yang diperbuat daripada tanduk tetapi sekarang alat pemetik in diperbuat daripada plastik. Liu Qin juga digunakan untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian rakyat. Selain itu, Liu Qin juga digunakan untuk memainkan not-not yang tinggi dalam Orkestra Cina.

CHINESE TRADISIONAL MUZIK

Wednesday, 5 August 2015

Alat Muzik Tradisional Kaum Melayu

JENIS JENIS ALAT MUZIK TRADISIONAL

Alat Muzik Melayu

KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Alat muzik ini tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Biasanya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bagi tujuan menegangkan permukaan kompang dan menguatkan bunyi kompang. Pada masa moden ini, kompang turut digelung dengan plastik. Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompsng biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. 



                                      

REBANA

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain saiz rebana yang kecil, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana ubi.

                                 
SAPE

Sape atau Sapeh merupakan sejenis alat muzik tradisional yang asal daripada Sarawak dan merupakan sejenis alat tali dari keluarga Kordofon yang beleher pendek dan talinya dipetik. Sape diiperbuat daripada jenis kayu lembut lazimnya kayu Meranti, Gabus dan Tebuloh. Badan tersebut yang panjang ditebuk berperanan sebagai ruang gema untuk menghsilkan bunyi. Sape dimainkan untuk hiburan serta mengiringi tarian.Selain itu, Sape terkenal di kalangan suku kaum Kayan dan Kenyah. Namany adalah berbeza mengikut suku Dayak itu sendiri. Sebagai contoh, Sampe'( Dayak Kenyah ), Sape' ( Dayak Kayan dan Bahau ), Sempe' (Dayak Modanag) da Kecapai' ( Dayak Tunjung dan Banua ). Walaupun namanya berbeza, tetapi cara bermain adalah sama. Namun begitu, untuk memainkannya tidaklah sama seperti gitar biasa dan ukulele. Hal ini demikian kerana Sape hanya mempunyai 2 tali berbanding gitar mempunyai 5 tali.


                                     

Gambus

Gambus merupakan salah satu alat muzik tradisional kaum Melayu. Gambus merupakan sejenis alat muzik tradisional dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.


                                         
Serunai

Serunai merupakan sejenis alat muzik tradisional kategori tiupan. Serunai juga boleh disebut puput serunai. Ia merupakan alat muzik aerofonik yang dikenakan di Indonesia sebagai alat muzik tradisional di masyarakat Minang. Bahagian unik serunai ialah hujungnya yang mengembang. Alat muzik ini sering digunakan pada mahlis perkhawinan. Alat ini dikenali merata di Sumatera bARAT, terutamanya di bahagian dataran tinggi seperti di daerah Agam, Tanah Datar dan Lima puluh Kota, dan juga di sepanjang pesisir pantai Sumatera Barat. Alat muzik ini telah dipopularkan ke seluruh Malaysia oleh para imigran dari Minang dan juga dikenali sebagai alat muzik tradisional di Malysia dan masyarakat Banjar di Kalimantan dengan nama yang sama.